Sunday 11 August 2013

Syukur KIni Aku Menutup Aurat!

Detik waktu yang semakin hari semakin membuka mata aku yang sedikit sepet ini untuk melihat betapa indahnya wanita yang menutupi auratnya dan melabuhkan pakaiannya di hadapan ajnabi. Aku masih samar dan hampir setahun lebih mencari identiti diri dengan membandingkan diri aku dengan wanita-wanita muslimah yang lain.
“Ya Allah, bagaimanakah dia boleh berpakaian menutup aurat begitu, sedangkan aku masih berpakaian membalut aurat?”
“Aku nak pakai cantik-cantik la, biar jejaka-jejaka hensem melihat dan mengetahui kewujudan aku.”
“Aku nak hias elok-elok la sikit sebab nak jumpa kekasih hati aku.”
“Eh, dia tu pakai baju besar-besar tak rimas ke?”
Dan banyak lagi kenyataan dan persoalan yang dituturkan dalam minda dan hati aku. Astaghfirullahalaziim… begitu kolot pemikiran aku.
Aku pernah terfikir untuk mencuba berubah dan berhijrah menutup aurat dengan sempurna setelah masuk ke alam kampus. Namun, aku terlalu mengikut kata hati yang kadangkala membuat keinginan berubah itu menjadi mati.
Fikiran aku terus berputar mengatakan bahawa, jika aku ingin berubah untuk menutup aurat dengan sempurna, seluar jeans yang baru dibeli macamana? Baju-baju kesayangan tak dapat dipakai lagi, dan sewaktu dengannya. Tanpa aku menyedari, Allah telah membuka pintu hati aku secara perlahan-lahan, memberi taufik dan hidayah-Nya untuk mengubah cara berpakaianku seperti wanita muslimah yang ingin mencari syurga yang abadi.
iluvislam, hijab
Dan aku yakin, segelintir kaum hawa yang menangguh untuk berubah adalah disebabkan tidak bersedia untuk beristiqamah, kerana perangai yang kurang elok, dan rasa sayang terhadap pakaian yang baru dibeli, mahal dan cantik.
Wahai kaum hawa, berdoalah agar dibukakan pintu hati untuk menutup aurat dengan sempurna, berkorbanlah walau kalian sayang dengan pakaian mahal, sendat, cantik dan seumpama itu. Percaya dan yakinlah bahawa, pengorbanan itu tidaklah sia-sia melainkan pelbagai limpahan ganjaran yang akan Allah hadirkan nanti.
Memang ramai yang terfikir :
“Tutup aurat je, perangai tak tahulah; lebih daripada setan.”
“Harap je tutup melitup, perangai tak senonoh, ketawa berdekah-dekah.”
“Kalau aku nak berubah pakai elok-elok, aku nak ubah perangai dulu.”
Wahai sekalian sahabat-sahabat, perangai susah nak berubah. Kalau la nak tunggu perangai berubah dulu, kita tak tahu bila la nak dapat tutup aurat seperti garis panduan Islam. Buka minda kita, cuba berfikir secara logik, sekiranya kita cuba untuk menutup aurat dengan sempurna, dengan izin Allah, secara perlahan-lahan perangai yang buruk tadi akan turut berubah ke arah yang lebih baik. insyaAllah. Sama-sama kita doakan.
Hadirnya aku di sini, ingin cuba membuka mata kaum hawa yang aku cintai, sedarlah kita hidup cuma sementara, mati tak tahu bila, ajal masa mana pun boleh tiba. Berubahlah sebelum terlambat, berkorbanlah kerana pengorbanan itu harus dikorbankan.
Untuk apa?? Untuk menggapai redha Ilahi.
Untuk siapa?? Untuk Pencipta kita yang seharusnya kita patuhi.
Mengapa?? Kerana itu dituntut dalam Islam agama yang kita anuti.
Dan mengapa?? Kerana kita sememangnya hamba ALLAH, yang seharusnya minda dan hati selalu ingat Ilahi.
Alhamdulillah aku berubah kerana Allah. Allah telah hadirkan seseorang sahabat kepada aku yang dulunya berpakaian ‘rockers’ dan secara drastiknya dia memakai tudung bulat labuh. SubhanAllah, aku mengagumi kekuatan yang Engkau berikan kepada dirinya.
Lantas mindaku berputar ligat berfikir, “Dia boleh berubah, kenapa tidak aku?”
Aku mengumpul segala kekuatan, berubah kerana Allah, Allah lah yang menciptakan sekalian makhluk, kenapa tidak kita berkorban kerana-Nya? Sungguh banyak nikmat yang diberikan, tidakkah kita rasa betapa sayangnya Dia pada kita.
Diri ini bukanlah sempurna sangat tapi  mencuba untuk menyampaikan apa yang Allah suruh dan aku cuba untuk menyampaikan dakwah walaupun hanya sedikit.  Sudah jelas dalam Al-Quran, Allah menyuruh hamba-Nya menutup aurat, bukan membalut aurat.
“Wahai anak cucu Adam! Sesungguhnya kami telah menyediakan pakaian untuk menutupi auratmu dan untuk perhiasan bagimu. Tetapi, pakaian takwa, itulah yang lebih baik. Demikianlah sebahagian tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka ingat.” (Al-A’Raf: 26)
Sekiranya kita sendiri mengkhianati diri kita, dan membuat kezaliman terhadap diri kita, maka siapa akan menolong kita nanti.
“…Wahai manusia! Sesungguhnya kezalimanmu bahayanyaakan menimpa dirimu sendiri; itu hanya kenikmatan hidup duniawi, selanjutnya kepada kamilah kembalimu, kelak akan kami kabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Yunus: 23)
Marilah berubah wahai kaum hawa. Tutuplah aurat dengan sempurnya. tak usah lah nak buka sini buka sana.
iluvislam, hijab
Dan… Al-Quran tidak ada keraguan padanya. Takutlah pada azab Allah. Cuba tutup aurat dengan sempurna, insyaAllah akan ada perubahan yang baik terhadap sesuatu yang lain.
“Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa.” (Al-Baqarah: 2)

Monday 3 June 2013

Sahabatku..Temanku..

.."Tidak sempurna iman seseorang itu jika dia tidak mencintai saudaranya                                                         sendiri,sepertimana dia mencintai dirinya sendiri"..

Semua orang didunia ada sahabat kan?mustahil kita tidak ada sahabat walaupun seorang..Apa makna sahabat?Bagi saya,sahabat merupakan antara orang yang paling dekat dihati kita.
Tanpa mereka,siapa jugalah kita kan?berikut saya senaraikan sikit antara hadis Nabi SAW berkenaan dengan makna sahabat;
"Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya."
(Hadis riwayat al-Hakim)
Dari Nu'man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda ;
"Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur."
(Hadis riwayat Muslim)
"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati."
"Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya."
(Hadis riwayat Abu Daud).
Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
"Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk."

Dalam islam sendiri ALLAH menggalakkan kita bersahabat,berteman,berkasih antara kita dan sebab itulah ALLAH menjadikan kita berbilang kaum dan warna kulit agar kita dapat saling kenal dan hormat-menghormati. Nah!ini terbukti apabila turunnya ayat :
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." 
(surah al-Hujurat [049] ayat 13)
Sifat yang perlu ada sebagai seorang sahabat:
* Ikhlas bersahabat kerana ALLAH
* Redha menerima kekurangan sahabat kita
* Tidak mengharapkan kebaikan atau ada niat yang tersembunyi
* Sabar dan menegur sahabat dengan berhikmah
* Sayang sahabat kita seperti sayang diri sendiri
* Sanggup berkorban demi kebaikan sahabat
* Bertolak ansur dalam sesuatu perkara
* Berfikiran terbuka dalam menerima pendapatnya
Bersahabatlah kerana ALLAH,pasti indah perhubungan itu. Bersahabat juga tidak terlepas daripada berselisih faham, kita lah yang harus bijak menangani masalah itu. Jangan sampai terputus silaturrahim ini. Sahabat, maafkanlah setiap kesalahan sahabat-sahabatmu. Memohon maaf terlebih dahulu bukan bererti kita kalah atau salah tapi demi menjernihkan keadaan,tidak salah kan kalau kita tolak ego kita ketepi?..

P/S:..saya sayang sahabat2 saya....^_^.

Friday 31 May 2013

Hidup lebih Bahagia bila Aurat dijaga..:)


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Saat ini ku tulis kisah diri. Bukan untuk meminta pujian atau penghargaan setinggi langit. Hanya doa dipinta agar diri ini dapat istiqamah dengan penghijrahan diri.
Beberapa tahun yang lalu, aku adalah seorang gadis yang berpakaian biasa, cukup sekadar bertudung walaupun baju dan seluar yang dipakai tidak menepati hukum islam. Ini yang dikatakan membalut aurat, bukan menutup aurat. 
Pada masa yang sama, solat ku juga tidak terjaga. Sering kali lewat, malah kadang-kadang tertinggal. Bukan aku tidak sedar semua itu adalah salah, tetapi hati ini lemah! Sentiasa termakan pujukan syaitan yang sentiasa ingin menyesatkan hamba Allah.
Benar, ketika itu setiap kali aku keluar dari rumah, ada saja mata-mata nakal yang liar memandang padaku. Pernah juga aku diganggu secara agresif oleh mereka! Pelbagai gangguan lagi yang aku hadapi sepanjang menjalani kehidupan sedemikian. Dan sesungguhnya aku tidak tenang dengan situasi begitu.
Namun, pada suatu ketika, aku mula terfikir sejenak, apakah cara hidup aku seperti ini akan memberi kebahagiaan kepadaku di dunia dan akhirat kelak? Kebetulan, pada saat itu, aku mula bersahabat baik dengan seorang rakan sekuliah aku. Perwatakannya sangat baik, pakaiannya agak sempurna, auratnya tertutup rapi.
Aku berasa sangat tenang melihat beliau. Secara perlahan-lahan tanpa disedari, aku mula mengikuti setiap langkahnya untuk berubah. Mengenakan pakaian yang labuh dan longgar, melabuhkan tudung, kemudian bersarung kaki atau memakai kasut yang bertutup.
Sememangnya diri ini kelihatan begitu indah dalam keadaan seperti itu.. pakaian yang longgar memudahkan aku untuk bergerak, tidak seperti pakaian yang ketat.
Sesuatu yang sangat jelas kelihatan adalah, setiap perbuatan gerak-geri aku tidak menjadi tatapan mata kaum Adam yang nakal lagi seperti dulu! Ke mana sahaja yang aku pergi, tiada lagi gangguan!
Selain itu, bonus istimewa daripada perubahan ini adalah, solat aku semakin terjaga. Walaupun aku tidak tahu adakah sempurna solatku, namun ia tidak lagi sering tertinggal seperti sebelum ini.

Alhamdulillah, kini amalan bertudung labuh, berpakaian labuh terus menjadi pakaian rutin dalam kehidupanku. Selain itu, aku juga turut membiasakan diri dengan berniqab supaya tidak timbul rasa riak dihati terutama sekali mendapat pujian daripada sesiapa.
Dan yang paling penting, ingin kecantikan yang Allah kurniakan hanya menjadi tatapan buat suami tercinta kelak.
Namun, belum dapat diistiqamahkan, kerana faktor tempat belajar dan keluarga.
Apa yang pasti, setiap yang berlaku dengan izin-Nya itu telah banyak mengubah kehidupanku. Aku berasa amat bahagia dan tenang dengan diri ku yang baru.
Semoga penghijrahan ini diredhai Allah dan mampu istiqamah selamanya. Walau asbabnya adalah teman sebilikku, namun hakikatnya Allah jualah yang membuka pintu hati ini. Sesungguhnya hijrah ini semata-mata kerana-Nya. Semoga aku dan wanita di luar sana dapat menjadi muslimah yang solehah di dunia dan akhirat, insyaAllah.
Adik-adik dan sesiapa saja yang masih dalam keadaan seperti ku dahulu, ayuhlah kita berhijrah! Insya-Allah, kehidupan kita akan menjadi lebih baik.
Ingatlah, harga diri tidak mudah tercalar jika aurat terpelihara... kecantikan dan keindahan wanita terpancar apabila auratnya tertutup sempurna...

Allhamdulillah..:)

Wednesday 26 October 2011

Untuk wanita yang comel.^_^




Assalamualaikum semua. Nak kongsi dengan kalian benda hebat ni ! Ada sesiapa yang comel di sini ? Hah? Ada ? Takpe-takpe, kita teruskan baca entry ni sampai habis. Ada cara tau nak kekalkan comel tu. Camne ? Sabar . . Entry ni aku kongsi dari sahabat baik a.k.a. kekasih hati aku la..tpi nama x bleh bgi thu.hahah..opssss trlbih suda...hek2 






Buat awak . .

yakni . . gadis-gadis solehah di seluruh dunia ni tau . . !

Hmm . . nak panggil gadis-gadis solehah ini dgn panggilan 'awak' boleh?

Nak bersembang sikit dengan awak . . . ada pesanan dari "seseorang" . . .

Hmm 'Seseorang' la . . . dia kata , dia tengah tunggu awak . .

siapa tu ye awak? tunggu ape ye?

Hmm . . tunggu la . . hehe . .





Prolog tentang awak . . ”pernah tak awak berbisik?”



awak tahu tak . . . yang awak adalah yang terbaik? yang terindah . .? Pernah tak awak berbisik kat diri

awak . . yakini dan selalu bisikkan : “ ya! saya Gadis SOLEHAH yang Comel =) !” ??

Hmm . . tapi tak ke orang kate perasan "comel' kalau mcm tu ??

hehe . . bukanlah awak kene cakap macam tu kat ramai-ramai atau “cakap kuat-kuat” kat wall - wall

facebook . . ! tapi itu untuk diri awak sendiri la . . untuk awak sematkan dalam hati je . . sebagai satu

motivasi buat awak . . !

Yup ! betul ni . . . sebab . . semua daripada awak memang yang tercomel . . . ! Jadi . . awak kenalah

jaga kecomelan tu . . sebab kecomelan ni . . boleh hilang tau . . .

Hmm . . betul ni . . boleh hilang . . . .

ia hilang . . . . Bila nilai “Solehah” itu dah tak ada pada awak . . :)

hehe . . it is simple kan . . ! ? =) So , awak mestilah kena sentiasa ada semangat untuk ISTIQAMAH jadi

INSAN yang SOLEHAH . . Sebab Insan Solehah tu BEST sangat-sangat . . . . Yup! Betul ni , BEST . . !

Sebab ape ye? Hmm . . takpe jom terus membaca molek-molek pesanan “Seseorang” tu . . .





Awak & fitrah awak . .





Fitrahnya awk pasti sama macam kawan-kawan awak yang lain. Gadis yang sedang meningkat

dewasa , suka tgk cerita korea. Suka akan coklat. Suka dengan baby. Suka bermain dengan

kucing. Eh . . ”kitty . . . kitty la!” ~ kata awak :) Oh ya ka ? Hmm :) awak kan lebih pandai dalam

mencipta panggilan manja terhadap segala yang awak suka dan “cute” kan . . Lepas tu minat baju-baju

cantik . . beg tangan . . minat jubah-jubah . . dan . . .



~~ hellooo . . ! ! !



. . tapi bukan yang membazir dan mengada-ngada fasionnya tau!.. hehe...~smpat awk mencelah.....

hmm... minat juga pada tudung syiria.....eh....pendekla tudungnya...tp ada jgk yg tak pendek kan...

yang mana yang tidak sampai tutup di paras yang sepatutnya, awak pun mesti akan cari yang lebih

labuh... kan...kan...kan...! hehe... takpe... bile awak teringin nak pakai apa yang awak suka, awk pun

pakaila suka-suka sahaja kat dalam bilik kalau ianya tak boleh dipakai kat luar.....kan.....smbil tgk

cermin.....”waah, comelnya !” ~awak berbisik sorang-sorang, sambil tersenyum :) .... aha...! suka juga

pada kecomelan diri sendiri apabila menonton diri kat cermin dan …..bila bersiap-siap sebelum ke

kelas msti bagi diri awak “terasa” comel terlebih dahulu... hehe....ya ka?

Hmm tapi.... awak hakikatnya hanya selesa dengan penampilan yang tidak sesekali mengganggu

manusia yang ada 'penyakit' di hatinya kan!... dan awak tak suka juga mengganggu mata-mata insan

yang akhirnya hanya membawa fitnah....kan..kan..kan... wah... Itulah kecomelan sejati~ berbisik

sorang-sorang lagi... hihi.. suka sangat-sangat dengan kecomelan ya...!



hehe...itu kan fitrah.....



Ketika kawan-kawan awak tengok cerita korea...(terkadang) awak pun tumpang sekaki jugak kan. Tapi

awak bukannya 'kaki' la.. yakni kaki cerita yang melekat sepanjang masa...sebab awak kan ada banyak

komitmen dan pengisian aktiviti yg lebih berfaedah.. kan?! ...Kan Awak suka akan keaktifan...dan

pemanfaatan masa... gerakkan matlamat membina ummah & keunggulan semangat kerjasama

secomel wonderpet!!! (antara cerita kartun yang awak minat jugak tu – hihi.. awak selalu cakap...bak

kate wondrpet : “apa yg penting...Kejesame” ).. cumanya kalau dlm bab cerita korea ni.... awk

tersentuh la jugak kan dgn Hero cerita korea tu....mungkin awak pernah berbisik... yang mereka ini

hensem & cool...kan...kan.....kan....

hehe...itu kan fitrah....

Dalam cerita korea awak suka juga cara kisah dan warna-warni kehidupan yang dipersembahkan...

apatah lagi kalau temanya tentang “CINTA”... tersenyum awak sorang-sorang menonton babak cinta

yang mengganggui jiwa awak.. kan...kan...kan... macam-macam pula yang awak fikirkan... macam best

je kalau jadi macam tu.....kan...kan...kan....?

hehe itukan fitrah...

Dengar pula lagu-lagunya yang membuat hati awk terpesona masa babak best dan terikut-ikut dgn

mood Kekecewaan kalau melodinya beritma 'frust'.. huhu....betol la kata awak...lagu-lagu korea ni

macam “Hidup”! Macam boleh berjalan-jalan dalam kapilari darah awak je...kan...kan...kan...hehe

'feeling' la tu....



hehe itukan fitrah....



Tapi …. awak dalam minat-minat kat cerita korea tu... awak mesti akan berhenti atau tutup cerita tu

setiap kali masuknya waktu solat kan... eh...pause saja la...sebab lepas ni nak sambung balik yea?

..hehe.. tapi awak sambung lepas beberapa ketika la...Lepas awak selesai solat, baca al-Quran &

selesaikan komitmen-komitmen lain... lepas tu pula awk sekadar berkongsi pandangan suka-suka dan

keminatan terhadap HERO2 crita Korea tu itu sesama kawan-kawan je kan... sambil bergurau-gurau.. ..gosip-gosip...hihi...sekadar mewarnai masa dlm

persahabatan... Tapi awak sesekali tidak berlebih-lebihan, tak la sampai post & share sesuatu mcm HERO yang

awak puja lagi mengujakan di wall-wall Facebook... seumpama membuat pengumuman yang “hebat”

kat tempat awam... membuat persembahan “nilaian diri” utk tatapan semua...huhu..



Hellooo..!!!~~



tiba-tiba kawan awak kata itu suatu yang tak salah la sangat pun.. tak mengganggu ketenteraman

awam pun.. hehe...tapi... awak bukan jenis mcm tu kan....awak pun nasihatla kawan-kawan awak tu

ya.... jadilah mcm awk yg suka post-post peringatan dari ayat-ayat al-Quran & hadith, gambar-gambar

petanda kebesaran Allah, perkongsian ilmu, perkembangan dunia islam dan.....



Hellooo.........!!!~~



tiba2 kawan awk mencelah lagi.... “dia pun ada jgk tazkirah-tazkirah tau!” ...hehehe...menyampuk aje

lah..hah..kalau mcm tu meh ajak kawan awak sekali jadi gadis solehah yang Comel...meh la...best

tau...hehe

aha...itu pasal Facebook yang kita kadang-kadang tersilap guna... terlebih, terlalai dan terlupa yang

kita msti jaga betul-betul nilai & maruah utk pameran ramai... huhu.....awak...kene la jaga-jaga juga

kan.. ;)



biasalah itukan fitnah....dan lorong-lorongnya...



Awak... susah tak kalau nak terus ISTIQAMAH jadi Comel.. ?





Hari itu ada seorang budak lelaki... masej-mesej..... hmm...pandainya dia dapat nombor telefon....

awak mule-mule terkejut la kan....hish... curi-curi je no tepon orang.... pastu dia ulang-ulang mesej....

sehari dua kali lepas makan..... macam jadual nak makan ubat antibiotik aje.... ish... sibuk je la dia tu

kan?? eh.......sekejap...sekejap....!!! huh.... ayat-ayat dia Islamik la..... wah.. baiknye...

baiknye....bersungguhnye...bersungguhnye....murninye...murninya.... Caringnya....Caringnya.... cool

nye...cool nye.....~~

aduh... awk teruja sudah..... awak suka dah ni... tersentuh sudah... adui awk minat sangat-sangatla

dengan ayat-ayat yang best mcm tu.... tiba-tiba lagu “ayat-ayat cinta” bergema di hati awak….kui2....

….itukan fitrah...



Hmm...kejap yea budak laki...nak makan sesuatu....nantilah nak ~~re....rep..rrrrr....repl..reply~~ (eh..nape

tersekat-sekat ni?...ade yg tak kene la tu awak!).. hehe ....

Aha.. ade cokelat la... Alhamdulillah...yeay! coklat Cadbury! Makan jap eh... cokelat Cadbury... ade

seseorang budak laki mane ntah yang bagi tadi....budak class ke awak???.... awak 'ter'terima lah sebab

ada orang datang bagi cokelat tu tiba-tiba, takkan nak halau dia macam tu sahaja....(lagipun..awak kan

suka jgk kat coklat tu kan...hehe(“,)... tapi awak malu sangat-sangat waktu tu kan... awak takut

menularnya fitnah yea?!.... ok2.... so, lepas nie awak akan lebih berjaga-jaga ya....! ;) aduh, Cadbury tu

da cair la awak... panas kot awak...ia da cair.......

~msti hati awk pn macam tu kan ...cair mcm coklat Cadbury bile ada yg mencairkan hati awak....sebab

awk letak cokelat kat ats meja aje.... kat tempat panas..... awk tak jaga cokelat tu... kan coklat mudah

cair.... klu awk letak kat tempat sejuk dan bersesuaian, mesti coklat tu akan terus ISTIQAMAH molek

bentuknye! Hehe.......sbb tu la awak... awak kena letak elok-elok, jaga elok-elok sesuatu yg mudah

cair...... macam hati awk.... kalau elok terus dijaga, tak akan terkena lah 'bahang'nya... tak akan dicair

semudahnye kan....hehee...

...nasib baik awak teringat kembali.....



hehehe...itukan fitrah.....



tup...tup...tup....

erk...!

“Abang ~~...Bla...bla...bla........sayang~~... bla..bla..bla...”

huish....awat semacam aje roommate awk tu bersembang dengan abang kandungnya kat tepon??

....ish..ish..ish awk...! ….rase lebih lembut kot suaranya dari kelembutan kuih Seri Muka... hehe.... eh...

awk ni la....baik sangka pulak...bukan abang kandung kot....abang lain kot.....hehe....tapi itu la awak,

sangat-sangat murni hati awak kan, ~menjaga & Husnudzan dalam segenap sangkaan yang muncul

kan....=)

….alamak...!!! awak pun terganggu lagi....awak rase mesti best kan mcm tu....awak terfikir lagi.. hati

mereka mesti asyik gembira aje.... terbelai, termamai, terbuai.... terBUAS . . ops ! terbuas la pulak...

Ok2... awk tak suka kan kalau sampai mcm tu . . ! Ya ! Nasib baik awk tak suka kan...

“Helloooo...!!!! I ingatkan you all dah kawin kalau dah sampai begitu cara nya!!!! grrr..grrrrrr...“ ..wah...awk

bersuara dlm sindiran...hehe...nah! kene “seketul” dari awak... baru tau kan garangnya awak...

grrr~~.....Awk benar-benar bertegas dalam hal ni kan..kan..kan..... ! Hehe... bertambahlah tahap

kecomelan awak lagi.....bravo yea awak...(“,)

eh...sekejap....! keliru kan... bile awak tengok kawan awak tu macam sama ja dengan awk... pakaian &

penampilan mcm awak... ada “jawatan-jawatan” jugak kot.... bila berkata-kata di luar, dengan ramai-ramai...ayat-ayatnya “Islamik” bagai... ...tapi.....

.....tapi....emm....itukan fitrah....eh.... fitrah yang menjadi fitnah la!!!

.... bolehkah dia berkata lagi pada dirinya yang dia adalah : “Gadis solehah yang Comel?” . .



hmm . . FITRAH dan FITNAH . .



hmm . . sabar ye awak . .sebab awak msti nak terus jadi Gadis Solehah yang Comel . . kan . . awak kena

jaga molek-molek diri awak tau . . sebab awak pun tau betapa BESTnya jadi Gadis Solehah ni

kan . . kerana awak suka sangat-sangat dgn motivasi daripada Rasulullah . . yg selalu awak sematkan

inspirasinya dengan sabda baginda . . :



---------------------------------------------------

"Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang

solehah." (Riwayat Muslim)

-----------------------------------------------------



Alhamdulillah . . . yeay! awak kembali tersenyum . . awak kembali tenang . . awak kembali riang . . awak

kembali bersemangat . . kerana awak tau . . yang menjadi Insan solehah itu adalah sebaik-baik

perhiasan di dunia ini . . maka awak selalulah diiktiraf sebagai yang terindah . . ya awak adalah GADIS

Solehah yang COMEL! Yang Terindah! Yang teristimewa! Yang paling CUN MELECUN gituuu . . . :)

hehe . . senyum sikit awak . . ! (“,)

(^^,) . . (^^,) . . . (^^,) . . alhamdulillah . . .

dari tadi lagi kan . . asyik sebut fitrah . . fitrah . . fitrah . . .

mengapa awak senang tersentuh . . ? Mudah untuk meminati . . ? Mudah diganggui hatinya? Mudah

dibuai - buai . . ?


. . . sebab . . awak ada hati yang sangat lembut & suka sesuatu yang mempunyai nilai yang

'cute-cute' . .



betul tak awak?



disebalik cerita korea.. cokelat.....baby.....kucing...perhiasan dan lain-lain yang disebutkan tadi......

bukan sengaja dikisahkan . . tapi ada falsafah yang tersirat tentang ciri-ciri jiwa awak . . . semuanya

berkait rapat dengan sesuatu yang membuatkan awak memandang dan terpengaruh akan sesuatu . . .

kerana itulah awak mesti kena jadi kuat . . ! Selalu menjaga kelembutan itu dengan cangkerang

keimanan . . ketaqwaan . . kesucian . . sebagaimana yang telah menjadi “trademark” awak selama ini . . .

Dan dengan kejayaan awak menempuh jerih payah mempertahankan cangkerang itu . . keindahan yg

lain pasti sedang menanti awak . . .



macam kisah cinta dalam cerita korea tu, cairnya hati awak macam

coklat Cadbury tu... semuanya sememangnya akan hadir jua....kerana itu kan fitrah . . semestinya Allah

pasti menyempurnakan fitrah awak . . . kerana . . Dia jua telah ciptakan “seseorang” lagi yang turut

punyai fitrah . . tugasnya . . untuk sama-sama sempurnakan fitrah yg tercipta . . .



------------------------------------------

so . .



bolehkah awak berjanji . . yang . . awak hanya menanti “seseorang” itu sahaja? Yang telah dicaturkan

untuk sempurnakan fitrah-fitrah awak dalam keredhaan ? seseorang yang sebenarnya tidak ada

masa pun menjadi seorang “budak laki pencair hati” bersama SMSnya berulang-ulangan . . ? seseorang

yang tidak ada masa pun bersama coklat Cadburynya . . ? dan seseorang yang tidak pernah pandai pun

memperdaya kelembutan awak itu . . ?



tapi . . dialah seseorang yang masanya di saat ini hanyalah melangkah dan terus melangkah

menyempurnakan misi-misi agamanya?



dia lah yang ingin selalu ingatkan awak . .

selalu bermujahadah & menantikan awak . .

dan dia lah “seseorang” yang pastinya menunggu awak . .

kerana ,

dialah Lelaki Soleh yang hanya inginkan awak . . . . . . . .si gadis solehah yg Comel ! =)



( hehe . . senyum ye awak . . ! BEST sangat-sangat kan Janji-janjiNYA . ! )

p/s : “seseorang” tu pesan : cuba baca sekali lagi pesanan dia ini sambil mainkan lagu Bisikan Nurani, dendangan inteam tu :)


Tolong Lepaskan saya dari hidup awak..




Awak... Maafkan saya sebab buat awak jatuh hati dengan saya. Maafkan saya sebab buat awak sayangkan saya.

Maafkan saya, bukan saya bencikan awak. Tak, saya suka berkawan dengan awak. Tapi kita cuma boleh berkawan. Tak boleh lebih dari itu. Saya tahu yang awak ikhlas sayangkan saya, dan saya nampak sayang tu dari setiap perkara yang awak lakukan untuk saya. Tapi maaf. Saya hargai apa yang awak lakukan. Sungguh ! Tapi awak kena faham, saya bukan macam yang dulu. Kini saya milik orang. Dan saya kena jaga perasaan dia macam dia jaga perasaan saya. Awak faham apa yang saya katakan, bukan?

Jadi saya merayu dengan awak. Lepaskanlah saya dari hidup awak. Hentikanlah apa sahaja yang awak sedang lakukan atau akan lakukan untuk mendapatkan saya. Hati saya telah diisi dengan nama seorang insan yang saya sayangi. Jadi saya mohon, lupakanlah saya. Saya tak mahu terus hidup dalam ketakutan ini. Mengetahui masih ada yang dendam dengan diri ini. Sudahlah, saya maafkan atas segala yang awak lakukan. Dan maafkanlah saya kerana menolak cinta awak.

Awak kena sedar, yang dinamakan cinta itu bukan kita yang tentukan akan jatuh pada siapa. Kita sendiri tidak tahu bila hati ini mula terpaut dengan si dia. Secara tiba-tiba, ia berdebar setiap kali berhampiran dengannya. Mungkin ada yang saya lakukan pada awak sehingga awak tidak boleh melupakan saya. Dan saat ini saya meminta dengan ihsan baik awak, maafkanlah saya. Tolonglah, saya tidak dapat menahan lagi gangguan yang saya hadapi. Kerana awak.

Sekarang saya sendiri, si dia yang saya kasihi tiada di sini. Saya tidak tahu apa yang akan terjadi andai awak lakukan semuanya kembali pada diri ini. Sudahlah, saya sudah terlalu lemah dengan semuanya. Benarkan saya menikmati tidur malam saya tanpa sebarang bunyi yang menakutkan. Izinkan saya melalui hari-hari saya tanpa sebarang ancaman. Lepaskan saya agar saya dapat tenang seperti dahulu. Saya merayu. Tolong lepaskan saya dari hidup awak.

Sudah sedarkah kau wahai diri?




" Apa kamu lupa dulu kamu pernah ingatkan orang lain tentang hal ini? Tapi kenapa bila kena pada muka kamu sendiri, kamu merungut macam tiada agama hah?? Ingatlah semula! Ingat ni! Ingat semula apa yang kamu dah nasihat dekat orang lain. Hah, baca ni! NIKMAT UJIAN "

Tersentak! Airmata mula mengaburi penglihatanku. Ya Allah, aku khilaf. Benar, Allah telah lama menjawab segala apa yang kita persoalkan. Aku sendiri pernah menasihati orang lain dengan nasihat ini. Lalu mengapa tika ujian hadir dalam hidupku kali ini aku tidak dapat melakukan seperti apa yang aku katakan? Aku mula teresak-esak.


+ Tiada yang dapat ku katakan sekarang. Sungguh memang aku yang salah. Mengapa kau terlalu lemah wahai hati? Harusnya kau kuat, kau patut tabah kerana muslimah yang sejati itu seorang yang hebat. Aku tidak melihat ciri-ciri itu ada padamu. Kelihatannya kau seorang yang terlalu lemah. Apa kau tidak mahu menjadi seperti itu? Masih boleh melontarkan senyuman bahagia walau hatinya dilanda badai. Sehingga orang lain menjangkakan dia itu tidak punya masalah sedangkan saat semua orang masih lena tidur, saat itulah dia mengeluarkan semua kelemahannya pada Kekasih Agungnya yang tetap setia mendengar luahan hatinya. Mengapa engkau tidak seperti itu??



- (Senyap) Ahh! Semuanya terlalu bercelaru sekarang. Bukan aku tidak mahu menjadi seperti itu. Sungguh, aku mahu. Aku juga ingin kelihatan kuat di hadapan orang lain dan sedih itu biar aku sahaja yang rasa sendiri. Tapi masih tidak ku temui caranya. Ya Allah, bantulah hambaMu ini. Terlalu banyak bisikan yang datang saat aku harus membuat keputusan. Dan bisikan-bisikan itu tidak akan hilang selagi aku berdiam diri. Tetapi aku tidak tahu apa yang harus ku lakukan.



+ Dengarkan ini wahai hati. Sesungguhnya Allah tidak akan membebani hambaNya diluar kemampuannya. Ertinya Dia tahu kau boleh kuat. Dia tahu seberapa banyak kemampuanmu. Maka aku mohon, kuatlah kau wahai hati. Seandainya kau lemah, diri ini tetap akan lemah selamanya, malah mungkin akan lebih lemah dari ini. Keputusan itu terletak padamu. Persetankan segala bisikan yang hadir mengganggumu saat ini. Aku akan sentiasa membantu dirimu ke arah yang lebih baik.



- (Terdiam) Ya Allah, betapa aku sudah banyak merungut padamu soal qada' dan qadar hidupku. Harusnya aku sedar betapa ramai mereka yang masih ada di sisi ku sedia untuk mendokong aku. Aku tidak sendirian dalam menempuh badai ini. Mereka tetap akan setia menghiburkan diri ini dengan janji-janji Allah ketika aku mula menyalahkan takdir. Sungguh Allah itu adalah sebaik-baik perancang. Ampunilah dosaku Ya Allah. Hanya padaMu tempat aku berharap.



Thursday 20 October 2011

9 Jenis Anak Syaitan

 

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.