Wednesday 26 October 2011

Sudah sedarkah kau wahai diri?




" Apa kamu lupa dulu kamu pernah ingatkan orang lain tentang hal ini? Tapi kenapa bila kena pada muka kamu sendiri, kamu merungut macam tiada agama hah?? Ingatlah semula! Ingat ni! Ingat semula apa yang kamu dah nasihat dekat orang lain. Hah, baca ni! NIKMAT UJIAN "

Tersentak! Airmata mula mengaburi penglihatanku. Ya Allah, aku khilaf. Benar, Allah telah lama menjawab segala apa yang kita persoalkan. Aku sendiri pernah menasihati orang lain dengan nasihat ini. Lalu mengapa tika ujian hadir dalam hidupku kali ini aku tidak dapat melakukan seperti apa yang aku katakan? Aku mula teresak-esak.


+ Tiada yang dapat ku katakan sekarang. Sungguh memang aku yang salah. Mengapa kau terlalu lemah wahai hati? Harusnya kau kuat, kau patut tabah kerana muslimah yang sejati itu seorang yang hebat. Aku tidak melihat ciri-ciri itu ada padamu. Kelihatannya kau seorang yang terlalu lemah. Apa kau tidak mahu menjadi seperti itu? Masih boleh melontarkan senyuman bahagia walau hatinya dilanda badai. Sehingga orang lain menjangkakan dia itu tidak punya masalah sedangkan saat semua orang masih lena tidur, saat itulah dia mengeluarkan semua kelemahannya pada Kekasih Agungnya yang tetap setia mendengar luahan hatinya. Mengapa engkau tidak seperti itu??



- (Senyap) Ahh! Semuanya terlalu bercelaru sekarang. Bukan aku tidak mahu menjadi seperti itu. Sungguh, aku mahu. Aku juga ingin kelihatan kuat di hadapan orang lain dan sedih itu biar aku sahaja yang rasa sendiri. Tapi masih tidak ku temui caranya. Ya Allah, bantulah hambaMu ini. Terlalu banyak bisikan yang datang saat aku harus membuat keputusan. Dan bisikan-bisikan itu tidak akan hilang selagi aku berdiam diri. Tetapi aku tidak tahu apa yang harus ku lakukan.



+ Dengarkan ini wahai hati. Sesungguhnya Allah tidak akan membebani hambaNya diluar kemampuannya. Ertinya Dia tahu kau boleh kuat. Dia tahu seberapa banyak kemampuanmu. Maka aku mohon, kuatlah kau wahai hati. Seandainya kau lemah, diri ini tetap akan lemah selamanya, malah mungkin akan lebih lemah dari ini. Keputusan itu terletak padamu. Persetankan segala bisikan yang hadir mengganggumu saat ini. Aku akan sentiasa membantu dirimu ke arah yang lebih baik.



- (Terdiam) Ya Allah, betapa aku sudah banyak merungut padamu soal qada' dan qadar hidupku. Harusnya aku sedar betapa ramai mereka yang masih ada di sisi ku sedia untuk mendokong aku. Aku tidak sendirian dalam menempuh badai ini. Mereka tetap akan setia menghiburkan diri ini dengan janji-janji Allah ketika aku mula menyalahkan takdir. Sungguh Allah itu adalah sebaik-baik perancang. Ampunilah dosaku Ya Allah. Hanya padaMu tempat aku berharap.



No comments:

Post a Comment