Wednesday 26 October 2011

Tolong Lepaskan saya dari hidup awak..




Awak... Maafkan saya sebab buat awak jatuh hati dengan saya. Maafkan saya sebab buat awak sayangkan saya.

Maafkan saya, bukan saya bencikan awak. Tak, saya suka berkawan dengan awak. Tapi kita cuma boleh berkawan. Tak boleh lebih dari itu. Saya tahu yang awak ikhlas sayangkan saya, dan saya nampak sayang tu dari setiap perkara yang awak lakukan untuk saya. Tapi maaf. Saya hargai apa yang awak lakukan. Sungguh ! Tapi awak kena faham, saya bukan macam yang dulu. Kini saya milik orang. Dan saya kena jaga perasaan dia macam dia jaga perasaan saya. Awak faham apa yang saya katakan, bukan?

Jadi saya merayu dengan awak. Lepaskanlah saya dari hidup awak. Hentikanlah apa sahaja yang awak sedang lakukan atau akan lakukan untuk mendapatkan saya. Hati saya telah diisi dengan nama seorang insan yang saya sayangi. Jadi saya mohon, lupakanlah saya. Saya tak mahu terus hidup dalam ketakutan ini. Mengetahui masih ada yang dendam dengan diri ini. Sudahlah, saya maafkan atas segala yang awak lakukan. Dan maafkanlah saya kerana menolak cinta awak.

Awak kena sedar, yang dinamakan cinta itu bukan kita yang tentukan akan jatuh pada siapa. Kita sendiri tidak tahu bila hati ini mula terpaut dengan si dia. Secara tiba-tiba, ia berdebar setiap kali berhampiran dengannya. Mungkin ada yang saya lakukan pada awak sehingga awak tidak boleh melupakan saya. Dan saat ini saya meminta dengan ihsan baik awak, maafkanlah saya. Tolonglah, saya tidak dapat menahan lagi gangguan yang saya hadapi. Kerana awak.

Sekarang saya sendiri, si dia yang saya kasihi tiada di sini. Saya tidak tahu apa yang akan terjadi andai awak lakukan semuanya kembali pada diri ini. Sudahlah, saya sudah terlalu lemah dengan semuanya. Benarkan saya menikmati tidur malam saya tanpa sebarang bunyi yang menakutkan. Izinkan saya melalui hari-hari saya tanpa sebarang ancaman. Lepaskan saya agar saya dapat tenang seperti dahulu. Saya merayu. Tolong lepaskan saya dari hidup awak.

No comments:

Post a Comment